join lerr dlu terrr......

Aku yang BERDOSA


قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Firman ALLAH SWT : Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". 
( Al A’raf : 23) 
ULASAN AYAT : 

  1. ALLAH SWT mengajarkan doa taubat di dalam ayat ini. Taubatnya Nabi Adam AS dari kesalahannya sebagai jalan membebaskan diri dari merasa sedih dan takut. Nabi Adam AS setelah di tempatkan di dalam Syurga bersama Hawa. Mereka dibolehkan untuk menikmati apa sahaja yang terdapat di dalam Syurga kecuali mereka dilarang dari memakan buah khuldi.
  2. Oleh kerana Adam dan Hawa terpujuk oleh tipu daya Iblis maka mereka telah memakan buah tersebut akhirnya ALLAH telah memerintahkan mereka berdua termasuk Iblis keluar daripada Syurga kerana menzalimi diri mereka sendiri.
  3. Setelah Adam AS berdoa untuk memohon ampun kepada ALLAH dengan ayat di atas,  maka ALLAH menerima taubatnya dan melimpahkan rahmat kepada Adam AS dan Hawa. 
  4. Dari ayat di atas menzahirkan bahawa taubat adalah pohonan doa yang mengakui segala kesilapan , kesalahan dan kelemahan diri dengan bersungguh-sungguh. Jika kita tersalah dan melakukan dosa, maka segera bertaubat dan sesungguhnya taubat yang benar akan diterima oleh ALLAH walau sebensar mana kesalahan yang kita lakukan. Setelah itu kita akan menjalani kehidupan dengan mengikuti petunjuk ALLAH.WALLAHUA’LAM.





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...